English | Bahasa Malaysia
POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI PELANGGAN

Kepada Pelanggan/Pembeli yang dihargai,
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 – Notis Privasi

Kumpulan Mahajaya yang termasuk Mahajaya Berhad, anak-anak syarikatnya, syarikat-syarikat berkaitannya dan syarikat-syarikat bersekutunya, dari masa ke semasa, meletakkan kepentingan untuk mengikuti sebarang perubahan perundangan dan peraturan. Memandangkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta tersebut") telah berkuatkuasa pada 15 November 2013, kami sedang mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa kami mematuhi Akta tersebut.

Kumpulan Mahajaya amat menghormati privasi individu-individu yang berkenaan dengan data peribadi. Notis Privasi ini digubal mengikut Akta tersebut. Untuk tujuan Notis Privasi ini, "Data Peribadi" hendaklah mempunyai makna seperti yang diperuntukkan dalam Akta tersebut.


A. Pengumpulan Data Peribadi
1. Dalam menjalankan sebarang urusan anda dengan kami, kami telah meminta dan/atau akan meminta anda untuk memberi Data Peribadi anda seperti butir-butir anda, maklumat latar belakang, data kewangan dan maklumat lain yang berkaitan dengan urusan dan/atau urusniaga anda dengan kami.
2. 2. Data Peribadi anda akan dikumpulkan melalui pelbagai sumber termasuk tetapi tidak terhad kepada:-
a. Maklumat atau komen atau mesej yang anda berikan kepada kami dengan apa-apa cara dan/atau dalam apa-apa cara;
b. Input maklumat yang dikemukakan kepada kemudahan dalam talian seperti alatan carian dan kalkulator;
c. Maklumat daripada pihak ketiga termasuk rujukan; dan
d. Maklumat yang diperolehi secara bebas oleh kami daripada sumber sah yang lain.
B. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
1. Data Peribadi anda akan dikumpul, diproses dan digunakan untuk tujuan-tujuan berikut:-
a. penghantaran notis-notis, perkhidmatan atau produk-produk dan pemasaran perkhidmatan atau produk tersebut sama ada pada masa kini atau di masa hadapan, kepada anda;
b. agar anda dapat memasuki perjanjian dan/atau kontrak yang diperlukan untuk membeli produk dan/atau harta daripada kami;
c. pemeliharaan dan penyimpanan rekod-rekod dan perkembangan pelanggan;
d. tujuan yang diperuntukkan dengan nyata dalam sebarang perkhidmatan atau produk khusus yang ditawarkan oleh kami;
e. pemasaran dan aktiviti-aktiviti pemprofilan pelanggan berhubung projek-projek, produk produk dan servis-servis terkini kami;
f. penyediaan dan perlaksanaan dokumen-dokumen dan perjanjian-perjanjian dan/atau kontrak-kontrak yang diperlukan untuk projek-projek, produk-produk dan servis-servis kami kepada kamu;
g. penilaian kredit, pemeriksaan kewangan dan latar belakang jika dan apabila difikirkan perlu;
h. penyimpanan rekod dalaman kami;
i. pengelakkan jenayah (termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan dan pengubahan wang haram);
j. memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau peraturan-peraturan berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk oleh kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada kami;
k. membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, pengeposan mel biasa, kaedah telekomunikasi (panggilan telefon, pesanan teks) atau media sosial internet tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kami;
l. milikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan hartanah/estet, perkhidmatan pelanggan dan/atau kerja-kerja pembaikan kecacatan;
m. perkhidmatan pasca milikan kosong, dan/atau program kesetiaan pelanggan;
n. sebarang transaksi selanjutnya secara komersial berkenaan mana-mana projek, produk dan perkhidmatan kami;
o. membolehkan kami membekal dan mengemukakan Data Peribadi anda kepada badan-badan Kerajaan/agensi-agensi/pihak-pihak berkuasa tempatan dan institusi-institusi seperti yang disenaraikan dalam Lampiran A; dan
p. membolehkan kami membekal dan mengemukakan Data Peribadi anda kepada badan-badan bukan Kerajaan/agensi-agensi dan institusi-institusi peribadi seperti yang disenaraikan dalam Lampiran B.
C. Penggunaan dan Pendedahan
1. Data Peribadi yang diberikan kepada kami akan disimpan secara sulit tetapi anda bersetuju bahawa Data Peribadi anda boleh didedahkan kepada kelas-kelas pihak yang berikut:-
a. Mana-mana orang, agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan/atau pengawal selia industri yang mana kami diwajib atau dikehendaki untuk berbuat demikian menurut mana-mana undang-undang, sila rujuk kepada "Lampiran A – Senarai badan-badan Kerajaan / agensi-agensi / pihak-pihak berkuasa tempatan dan institusi-institusi ";
b. pihak-pihak yang berkenaan, sila rujuk kepada "Lampiran B – Senarai badan-badan bukan Kerajaan/agensi-agensi dan institusi-institusi peribadi";
c. mana-mana anak syarikat dan/atau syarikat-syarikat bersekutu dan/atau syarikat-syarikat berkaitan dengan Kumpulan Mahajaya, termasuk yang diperbadankan pada masa akan datang, jika ada;
d. rakan niaga dan sekutu perniagaan kami yang menyediakan perkhidmatan atau produk-produk berkaitan dengan perniagaan kami;
e. juruaudit, pakar perunding, peguam, akauntan atau penasihat kewangan atau professional yang lain yang dilantik berhubung dengan perniagaan kami;
f. pembekal perkhidmaan pihak ketiga, syarikat pengurusan pihak ketiga, sub-kontraktor atau pihak lain yang difikirkan perlu oleh kami untuk memudahkan urusan anda dengan kami; dan
g. pihak ketiga hasil daripada penstrukturan semula, penjualan dan/atau pembelian mana-mana syarikat dalam Kumpulan Mahajaya.
2. Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin memberikan Data Peribadi yang berkaitan dengan orang lain (contohnya, pemohon bersama, pasangan, pihak-pihak berkaitan dan/atau oang lain yang dihubungi ketika kecemasan) untuk mana-mana maksud yang dinyatakan dalam (B) di atas. Dalam keadaan sedemikian, anda mewakili dan mewarankan bahawa anda mempunyai atau telah memperolehi persetujuan mereka atau selainnya berhak untuk memberi Data Peribadi mereka kepada kami.
D. Impak Jika Data Peribadi Tidak Diberikan
1. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami tidak mencukupi, atau kurang memuaskan kepada kami, maka permohonan atau permintaan anda kepada kami untuk sebarang tujuan yang dinyatakan dalam (B) di atas mungkin tidak boleh diterima atau diambil tindakan atau kami tidak dapat menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau produk-produk dan/atau melaksanakan obligasi-obligasi kami di bawah mana-mana kontrak atau perjanjian yang berpotensi atau sedia ada dengan anda.
E. Penyimpanan dan Pegangan Data Peribadi
1. Data Peribadi anda akan disimpan sama ada dalam bentuk salinan cetak di pejabat kami atau disimpan di dalam “server” yang dikendalikan oleh kami dan/atau pembekal perkhidmatan kami.
2. Sebarang Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda akan disimpan dan dipegang oleh kami selagi diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam (B) di atas atau dikehendaki untuk memenuhi sebarang keperluan undang-undang, peraturan dan/atau perakaunan atau untuk melindungi kepentingan kita.
3. Kami tidak menawarkan apa-apa kemudahan dalam talian yang membolehkan anda padamkan atau hapuskan Data Peribadi yang disimpan oleh kami.
F. Keselamatan Data Peribadi
1. Kami menggunakan beberapa mekanisme untuk melindungi keselamatan dan integriti Data Peribadi anda.
2. Bagi penggunaan internet, malangnya, tiada penghantaran data melalui internet boleh dijamin selamat sepenuhnya. Meskipun kami berusaha untuk melindungi Data Peribadi, kami tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan sebarang Data Peribadi yang dihantar kepada kami dan individu-individu yang berbuat demikian adalah atas risiko sendiri. Sebaik sahaja Data Peribadi diperolehi oleh kami, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan dari akses yang tidak dibenarkan, diubahsuai atau didedahkan.
G. Hak Akses Kepada Data Peribadi
1. Mengikut Akta tersebut, anda mempunyai hak akses kepada Data Peribadi yang dipegang oleh kami setelah membayar fi yang ditetapkan dan anda boleh memohon untuk membetulkan sebarang Data Peribadi anda yang didapati tidak tepat, tidak lengkap atau lapuk, tertakluk kepada mana-mana sekatan undang-undang dan syarat-syarat kontrak yang boleh digunapakai.
2. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini atau jika anda ingin memohon akses kepada Data Peribadi anda atau jika anda ingin menarik balik persetujuan anda kepada kami untuk memproses Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam (B) di atas atau bagi pindahan Data Peribadi kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam (C) di atas, anda boleh menghantar permohonan anda secara bertulis ke alamat berikut:-

Mahajaya Group
No. 1-1-1, Wisma Mahajaya, Block A,
Megan Salak Park, Jalan 2/125E,
Taman Desa Petaling,
57100 Kuala Lumpur.
Tel No. : 03-9051 3333
Fax No. : 03-9059 2880
Email: enquiry@mahajaya.com

3. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda menarikbalik kebenaran anda untuk kami memproses Data Peribadi anda, kami masih boleh meneruskan untuk memproses Data Peribadi anda dalam keadaan yang diakui dan dibenarkan oleh undang-undang dan sebagaimana yang diperlukan di bawah syarat-syarat kontrak.
4. Kami berhak untuk mengenakan fi yang munasabah untuk memproses sebarang permohonan akses data.
H. Perubahan Kepada Notis Privasi
1. Kami berhak untuk mengubahsuai atau mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis. Kami menyarankan anda layari Notis Privasi ini di laman web kami secara kerap.
I. Bahasa
1.Menurut Seksyen 7(3) Akta tersebut, Notis Privasi ini diisu dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Dalam keadaan di mana terdapat mana-mana bahagian tidak konsisten, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

Kami percaya bahawa anda membenarkan dan bersetuju dengan terma-terma yang dinyatakan di atas berhubung dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami. Jika anda tidak bersetuju dengan perkara di atas, sila hubungi kami pada alamat yang dinyatakan di atas.


Yang Benar,
Kumpulan Mahajaya



Lampiran A
Senarai badan-badan Kerajaan/agensi-agensi/pihak-pihak berkuasa tempatan dan institusi-institusi
i. Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan;
ii. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
iii. Lembaga Hasil Dalam Negeri;
iv. Pejabat Tanah;
v. Pihak berkuasa tempatan;
vi. Juruaudit-juruaudit dalaman;
vii.Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah-mahkamah rendah atau tribunal-tribunal,
viii. Syarikat-syarikat insuran;
ix. Juruaudit-juruaudit ISO; dan
apa-apa perubahan atau pindaan, kami akan maklumkan kepada anda dengan sewajarnya.

Lampiran B
Senarai badan-badan bukan Kerajaan/agensi-agensi dan institusi-institusi peribadi
i. Indah Water Konsortium;
ii. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
iii. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd;
iv. Jabatan Air Negeri Sabah (JANS);
v. Tenaga Nasional Berhad;
vi. Bank-bank dan institusi-institusi kewangan
vii.Syarikat-syarikat insuran;
viii.Juruaudit-juruaudit kewangan luar;
ix.Firma-firma guaman; dan
apa-apa perubahan atau pindaan, kami akan maklumkan kepada anda dengan sewajarnya.